Pemilihan Bersatu platform memperkasa Parti
Iklan
Rina Harun - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pemilihan sayap Bersatu untuk Armada dan Srikandi hujung minggu ini merupakan satu platform bagi 'ahli keluarga' untuk menentukan barisan kepimpinan baharu dengan matlamat untuk memperkasa parti.
Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau sendiri terbuka untuk menerima cabaran pertandingan malah bersyukur kerana proses kempen pemilihan berjalan secara sihat selepas tertangguh sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Sejak dari awal, saya menerima pertandingan di peringkat Ketua Srikandi Bersatu Malaysia ini dengan hati terbuka.
"Pemilihan kali pertama dalam parti telah lama tertangguh, atas sebab itu saya sebenarnya bersyukur kerana akhirnya kita dapat menyempurnakan tanggungjawab yang termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Iklan
Pada pemilihan tersebut, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak; Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail dan Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.
Mengulas lanjut mengenai pertandingan empat penjuru itu, Rina yang merupakan Ketua Srikandi Sepang berkata, sikap hormat-menghormati sesama calon dan jentera antara asas penting dalam memastikan kempen pemilihan dan pertandingan itu berjalan secara lancar dan tertib.
Iklan
"Saya telah menjelajah bertemu pimpinan dan ahli Srikandi di akar umbi untuk mengemukakan hasrat dan menerangkan hala tuju serta matlamat yang saya gariskan.
"Respons yang diterima amat positif. Saya yakin mereka memilih untuk memastikan kesinambungan itu penting dalam konteks melaksanakan segala gerak kerja Srikandi pada kadar segera demi memperkukuh bagi menghadapi pilihan raya.
"Selaku calon Ketua Srikandi, saya telah menggariskan lima teras Agenda Bertindak 2.0 iaitu Pemerkasaan Parti untuk penambahan ahli, program Gerakan Prihatin untuk kepentingan rakyat, program Jaringan Masyarakat bersama badan-badan kerajaan, program Wanita Progresif untuk peluang kerja dan penubuhan platform Wanita Muda. Dengan ini, kita serahkan kepada kebijaksanaan para ahli dalam menunaikan hak mereka,” tegasnya.
Rina percaya, ahli Srikandi akan bersama-sama memainkan peranan dalam memperkasa sayap parti di fasa baharu dengan terbentuknya barisan kepimpinan yang mendapat mandat ahli melalui proses pemilihan.
- Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.