Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 132,816

Iklan
Seorang penduduk Transjakarta mengangkat tanda dengan data terkini mengenai jumlah kes COVID-19 di Jakarta untuk meningkatkan kesedaran mengenai protokol kesihatan di tempat perlindungan bas Harmoni di Jakarta pada 17 Julai lalu. Gambar hiasan. - Foto The Jakarta Post

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816 manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,098 kes positif baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 65 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 5,968 orang.

Statistik kes Covid-19 di Indonesia hari ini. - Foto The Jakarta Post
Iklan

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,761 kes, diikuti Jawa Timur (26,561) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Iklan

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,953 orang, diikuti Jakarta (970), Jawa Tengah (765), Sulawesi Selatan (339) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama