400 ahli Bersatu Tanjong Karang umum keluar parti
Iklan
Ahli Bersatu Bahagian Tanjong Karang bertindak menggunting bendera parti itu dan mengumumkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa hari ini.
TANJONG KARANG - Seramai 400 ahli dari lima cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong Karang mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.
Ketua Cawangan Bersatu Sawah Sempadan Utara, Datuk Nor Akmal Ibos berkata, beliau bersama jawatankuasa cawangannya dan empat cawangan lain mengambil keputusan itu berikutan pengkhianatan dilakukan pimpinan parti menyebabkan kecelaruan hala tuju bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
"Perjuangan yang pada dasarnya melawan kleptokrasi sudah menyimpang sangat jauh dan tidak boleh diterima," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Teratak Nostalgia Indah, Blok B Sawah Sempadan Tanjong Karang di sini hari ini.
Iklan
Difahamkan empat cawangan lain di Bahagian Tanjong Karang yang turut meninggalkan Bersatu ialah Cawangan Sawah Sempadan, Sawah Sempadan Selatan, Sungai Sireh dan Terusan Besar.
Nor Akmal berkata, keputusan itu diambil berikutan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan bahagian itu yang diterajui 'orang luar' dan bukan anak jati Tanjong Karang.
Iklan
Malah tegas beliau, semua ahli yang bertindak keluar parti itu turut berikrar menyokong kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
"Kami juga akan terus berjuang bersama Datuk Seri Mukhriz dan kepimpinan peringkat negeri Selangor yang sehaluan dalam merealisasikan Pejuang yang akan ditubuhkan kelak bagi melawan kleptokrasi dan rasuah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>