Mukhriz sindir individu mengaku 'anak' Dr Mahathir
Iklan
Mukhriz menyampaikan ucapan pada Majlis Memperkenalkan Calon PRK DUN Slim di Tanjung Malim malam tadi. - Foto Mukhriz Mahathir FC
TANJUNG MALIM -"Semua mengaku anak Tun, saya pun tak perasan adik-beradik saya ramai macam itu," sindir Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap beberapa individu yang mengaku rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan dibuat oleh beberapa pemimpin politik yang mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa dengan Dr Mahathir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, lebih mengarut lagi, mereka yang mendakwa rapat dengan bapanya itu adalah individu yang mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Dr Mahathir sendiri.
"Jangan ada siapa-siapa mengata saya dan Tun, kalau ada nanti orang itu akan kena tumbuk. Ada orang mengakulah, saya tak tahu betul ke tak. Ada orang kata balik baik dia tumbuk diri dia sendiri.
Iklan
"Jangan percaya benda-benda macam ini, saya bersama Tun dan kawan-kawan memang dok gelak sahaja sebab ada orang mengaku macam-macam, anak angkat Tun, mengaku anak didik, terbaharu sekali jadi anak buah.
"Semua mengaku anak, saya pun tak perasan adik-beradik saya ramai macam itu, di Perak pun ada. Saya tanya dekat Tun, bila masa ada anak ramai macam ini. Jadi jangan percaya, semua karut tambah lagi yang khianat kepada saya," katanya ketika berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim di sini malam tadi.
Iklan
Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi amaran kepada ahli parti itu agar menghormati bekas pemimpin mereka iaitu Dr Mahathir dan Mukhriz.
Beliau dilaporkan sanggup menumbuk muka mana-mana individu yang bercakap buruk mengenai kedua-dua bekas pemimpin Bersatu itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>