Plus diiktiraf lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik

Iklan
Khairil Anwar (kiri) menyampaikan sijil kepada Azman (kanan) pada Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway Miros di Bangi, Selangor kelmarin.

Plus Malaysia Bhd (Plus) menerima pengiktirafan sebagai lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Ketua Pengarah Miros, Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, Plus berhak menerima pengiktirafan berkenaan kerana mereka melabur secara sinergis pada tenaga kerja dan peralatan lebuh raya untuk memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada pelanggan.

Iklan
Iklan

"Kedudukan lebuh raya berprestasi terbaik diukur berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik optimum dari aspek keselamatan jalan raya.

"Lebuh raya yang berada di kedudukan teratas mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway Miros di Bangi, Selangor kelmarin.

Iklan

Majlis diadakan sempena upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Miros bersama 13 rakan strategik keselamatan jalan raya untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya di Malaysia, Indonesia dan India.

Sementara itu, Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail berkata, pengiktirafan itu merupakan bukti pengorbanan dan kerja keras pasukan Plus.

Iklan