PKR lepasi angka sejuta keahlian, seribu ranting
Iklan
Nik Nazmi Nik Ahmad
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mencatat sejarah pencapaian terbaik sejak penubuhannya pada 21 tahun lalu apabila berjaya melepasi angka pendaftaran sejuta keanggotaan parti selain penubuhan seribu ranting di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehingga kini, jumlah keanggotaan parti telah pun mencecah 1,004,629 orang manakala kekuatan ranting parti telah mencecah 1,108 di 222 cabang PKR di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pencapaian terkini parti itu membuktikan PKR tetap utuh dan kuat dengan sokongan dan dukungan daripada rakyat.
"Maklumat ini membuktikan kekuatan PKR sebagai parti massa, nasional dan pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah negara.
Iklan
"Namun pencapaian ini masih dianggap terlalu awal untuk diraikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan itu, Nik Nazmi menegaskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR melalui mesyuarat bulanannya pada 26 Julai 2020 yang lalu telah mengambil
Iklan
ketetapan menggesa setiap lapisan kepimpinan parti mempergiatkan usaha kaderisasi (recruitment) anggota baharu menyertai PKR.
Menurutnya, inisiatif itu merupakan tumpuan utama PKR kini selain turut memperbanyakkan penubuhan ranting sebagai persediaan berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
"Permohonan keanggotaan boleh dibuat menerusi https://keanggotaan.keadilanrakyat.org/ manakala permohonan pembentukan ranting boleh dibuat di https://keadilanrakyat.org/index.php/ranting/," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>