Rangka manusia berusia lebih 1,000 tahun ditemui

Iklan
Sebelum ini rangka manusia perempuan ditemui di bandar San Juan Evangelista, Teotihuacan, Mexico. - Foto AFP

BANDAR RAYA MEXICO - Satu rangka manusia lelaki pra Hispanic yang berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di timur laut Mexico, kata ahli arkeologi semalam.

Ia merupakan rangka yang ditemui dalam keadaan sempurna buat pertama kalinya.

Iklan
Iklan

Rangka itu dipercayai milik manusia yang dianggarkan berumur 21 dan 35 tahun kini telah disimpan di dalam tikar, kata Institut Antropologi dan Sejarah.

Ia tidak pernah disentuh lebih 1,000 tahun dan kedudukan rangka manusia tersebut terpelihara bersama tinggalan tembikar, tambah institut itu.

Iklan
Iklan

Menurut institut tersebut, rangka itu ditemui oleh penduduk negeri Tamaulipas semasa pembinaan sebuah tangki air. - AFP