Pegawai penguji cerucuk disyaki terima rasuah ditahan
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penguji cerucuk berlesen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM25,000.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada kira-kira jam 1 petang tadi selepas hadir memberi keterangan.