MPSJ tawar kutipan sampah pukal percuma
Iklan
Azfarizal Abdul Rashid
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di kawasan taman perumahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bermula Isnin ini sehingga 8 Februari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan itu ditawar bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menurutnya, kutipan sampah pukal dilakukan mengikut jadual kutipan sampah domestik di kawasan perumahan menerusi permohonan dikemukakan oleh penduduk.
Iklan
Iklan
"Penduduk yang berminat perlu kemukakan permohonan tersebut dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar di talian 0380263182; 0380264363; 0380267430; 0380267431 atau 0380267433.
"Penduduk yang buat permohonan perlu letak sampah pukal di depan rumah mereka bagi memudahkan pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) melaksanakan kerja-kerja kutipan secara berperingkat,” katanya.
Iklan
Iklan
Menurutnya lagi, perkhidmatan hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan MPSJ tidak akan melaksanakan kutipan tersebut selepas tamat tempoh dinyatakan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>