Kerajaan timbang tubuh RCI Tabung Haji

Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu akan dibincangkan mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kerajaan amat memahami bahawa dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan TH perlunya ada satu badan bebas dan berautoriti.

"Mesyuarat menteri dalam masa terdekat akan membincangkan sedalam-dalamnya berkenaan isu TH termasuk cadangan dan kewajaran penubuhan RCI,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Iklan

Sebelum ini, isu mengenai TH menjadi tumpuan beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang bertikam lidah mengenainya sehingga menggamatkan persidangan Dewan Rakyat.

Antara perkara berbangkit ialah keperluan menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan TH yang lepas.

Iklan

Sementara itu, Zulkifli menegaskan kerajaan akan mencari titik penyelesaian mengenai isu TH yang boleh diterima semua pihak.

"Kerajaan juga akan meneliti dan menilai segala transaksi yang dibuat oleh TH baik yang (dibuat) sebelum ini atau yang akan datang. Fokus kerajaan agar segala operasi TH dijalankan dengan penuh integriti dan amanah,” katanya. - Bernama