BUTTERWORTH - Seorang wartawan Sin Chew Daily ditahan manakala drone miliknya dirampas kerana menerbangkan dron di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini.
Difahamkan, wartawan itu ditahan kerana menerbangkan dron secara haram untuk merakam gambar dan video orang ramai yang berkumpul di luar mahkamah sebelum ketibaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi menghadapi satu lagi pertuduhan rasuah berkaitan terowong dasar laut dan projek jalan-jalan utama di negeri ini.