Lembu sado: Tauliah 104 jurusuntik permanian beradas
Iklan
Che Abdullah (tengah) melihat lembu baka Limousin seberat 500 kilogram yang dipelihara Azhar (kiri) di ladangnya dekat Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi tauliah kepada seramai 104 jurusuntik permanian beradas bagi induk lembu ‘sado’ di seluruh Malaysia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, usaha permanian berhadas melibatkan lembu daripada baka terpilih seperti Charolais, Limousin, Belgium Blue dan Bali.
Iklan
Iklan
Menurutnya, langkah melahirkan jurusuntik permanian beradas berkemahiran itu bertujuan meningkatkan kualiti dan hasil penternakan lembu ‘sado’ serta membantu perkembangan industri ternakan lembu pedaging di Malaysia.
"Jurusuntik terdiri daripada kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan penternak yang berkebolehan mengesan tempoh lembu mengawan serta mengetahui selok-belok mengendalikan haiwan ternakan tersebut.
Iklan
"Mereka ditauliahkan selepas diberi kursus, latihan dan khidmat nasihat kepakaran berkaitan proses menyuntik benih ke induk betina,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke projek penternakan ruminan milik Azhar Che Abdullah, 49, di Selinak Farm dekat Pengkalan Chepa di sini semalam.
Kambing jenis boer turut dipelihara oleh Azhar dalam kandang yang dibina di ladang di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Che Abdullah berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, Kelantan merekodkan bilangan jurusuntik paling ramai iaitu 65 individu termasuk seorang penternak wanita.
Iklan
Menurutnya, mereka akan menjalankan perkhidmatan permanian beradas ke atas 19,000 induk lembu pedaging di Kelantan, manakala JPV menyediakan bantuan peralatan proses, hormon pembiakan dan benih ternakan.
"Permintaan proses sunti-kan permanian beradas daripada penternak meningkat setiap tahun dan kemajuan ini dijangka menyumbang kepada pertambahan lembu kacukan berkualiti sehingga 30,000 lembu ‘sado’ dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau mahu penternak meningkatkan manfaat sistem penternakan integrasi iaitu gabungan aktiviti penternakan bersama penanaman tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa, koko atau buah-buahan.
"Ia dapat mengoptimumkan penggunaan tanah untuk teduhan dan ragutan serta sumber rumput sebagai makanan ternakan, meningkatkan pengeluaran daging ternakan dan pertambahan hasil pendapatan kepada penternak.
"Di Kelantan, sebanyak 283 ladang menggunakan sistem integrasi dengan jumlah 14,877 ternakan,” kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>