SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akui menerima kesan daripada tindakan ahli dan pemimpin meninggalkan parti itu untuk memberi sokongan kepada parti baharu yang ditubuhkan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Bahagian Bersatu Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata, kesan tersebut tidaklah sehingga menggugat perjuangan Bersatu yang masih kukuh di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.