Semarak merdeka

Iklan
Kakitangan MBS, Haziq Haikal dan Shahid Addenan (atas) dilihat sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang sempena menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 yang akan disambut rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini ketika tinjauan fotoBernama di Bandaraya Seremban, hari ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Haziq Haikal Mohd Izam dan Shahid Addenan (atas) dilihat sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang sempena menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 yang akan disambut rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini ketika tinjauan fotoBernama di Bandaraya Seremban, hari ini.

Malaysia Prihatin menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini yang membawa maksud 'Malaysia' iaitu rakyat negara ini berganding bahu memerangi pandemik COVID-19 manakala 'Prihatin' mewakili Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui insiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). - Foto Bernama

Iklan
Iklan