Pengusaha inap desa warga Australia cedera ditetak
Iklan
TUARAN – Seorang pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak dengan parang selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa, 46, yang berkahwin dengan warga tempatan itu, mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, belakang dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dengan suspek berkenaan menyebabkan suspek tersebut berasa tidak puas hati lalu mengeluarkan parang dan mengejar dan menetak mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata selepas mangsa ditetak, suspek berusia 30-an itu bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Iklan
Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan.
Menurutnya, polis sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>