Covid-19: Indonesia catat 2,277 kes baharu dalam tempoh 24 jam
Iklan
JAKARTA - Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.
Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.