Pusat Edu-Ecotourism dijenamakan semula sebagai PD Forest
Iklan
Aminuddin menandatangani plak perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan dan Pelancaran Port Dickson PD@Forest di Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala hari ini. - Foto Bernama
PORT DICKSON - Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala hari ini dijenamakan semula sebagai PD Forest Sungai Menyala bertujuan melonjakkan lagi kehadiran pelancong ke Negeri Sembilan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri mahu memperkenalkan Port Dickson bukan hanya memiliki pantai yang indah tetapi juga memiliki sebuah hutan unik yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti berbasikal lasak, berkhemah, rekreasi kuda, memanah dan jelajah hutan menggunakan kenderaan pelbagai permukaan (ATV).
Iklan
Iklan
"Di sini juga ada trek basikal bukit sejauh 23 kilometer dengan tujuh hentian pemeriksaan yang akan memberikan pengalaman dan suasana yang berbeza," katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 dan Pelancaran PD Forest di sini hari ini.
Terdahulu, Aminuddin dalam ucapannya berkata, PD Forest akan menjadi syurga kepada pencinta ilmu, pendidik dan pelajar bagi menjalankan pembelajaran dan penyelidikan hutan.
Iklan
"Ia bertepatan dengan objektif penubuhan PD Forest ini sebagai kawasan ekopelancongan dan pusat pendidikan yang sangat sesuai kepada pengunjung dari pelbagai peringkat umur.
"Hutan Simpan Sungai Menyala yang berkeluasan 1,280 hektar adalah kawasan berimpak tinggi yang diwartakan sebagai hutan perlindungan dan diurus sebagai hutan bernilai pemuliharaan tinggi," katanya.
Iklan
Menurutnya, Hutan Simpan Sungai Menyala itu juga ialah hutan dipterokarp pamah pantai yang masih ada di Semenanjung Malaysia selain terdapat satu petak kajian ekologi yang akan didaftarkan dalam buku Malaysia Book of Records (MBOR) kerana satu-satunya petak kajian yang dibanci secara berkala sejak 73 tahun yang lalu," katanya. - Bernama
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.