Mangsa serangan gajah sah hidap kanser hati
Iklan
Tuan Mastura (kiri) melawat Nordin di rumahnya di Laloh.
KUALA KRAI - Mangsa serangan gajah Ogos tahun lalu disahkan menghidap kanser hati ketika menerima rawatan akibat kecederaan pada tulang rusuk akibat dilibas gajah.
Berikutan itu, Nordin Bebakar, 58, yang terlantar bukan sahaja tidak lagi mampu keluar mencari rezeki menyara keluarga bahkan tidak dapat menguruskan diri dan terpaksa dibantu orang di sekelilingnya.
Iklan
Iklan
Anaknya Nor Najwa Amni, 26, berkata, sebelum mengetahui penyakit kanser itu, Nordin kerap mengadu sakit pada bahagian dada ketika menerima rawatan akibat dilibat gajah.
"Doktor buat CT Scan dan mengesahkan ayah hidap kanser hati, kami sekeluarga terkejut tapi reda dengan ujian walaupun ia menjadi detik perubahan rutin harian emak dan ayah,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan Ketua Wanita PH, Tuan Mastura Tuan Ibrahim.
Iklan
Menurutnya, ibunya, Rogayah Said yang dahulunya membuat kuih untuk membantu menambah pendapatan keluarga juga tidak lagi berbuat demikian.
"Sejak ayah sakit sampai sekarang emak dah tak buat kuih, ayah ada terima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, kami juga turut terima sumbangan Maik RM1,000.
Iklan
"Kami tiga beradik perempuan yang dah kahwin masing-masing tak bekerja, jadi suami atau menantu ayah bagi sumbangan ikut kemampuan untuk menampung keperluan harian.
Nor Najwa yang tinggal bersama kedua ibu bapanya itu berkata, sejak mengidap kanser ayahnya juga membuang air kecil melalui tiub dan memakai lamping pakai buang untuk memudahkan dia membuang air besar.
"Jika ayah kerap buang air besar, maka banyak lampin terpaksa diguna setiap hari. Seminggu kami anggarkan kira-kira RM20 digunakan untuk beli lampin pakai buang ayah, jadi purata setiap bulan dianggarkan RM100.
"Setiap bulan juga ayah mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Krai manakala adik pula dua orang masih bersekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, jadi menantu ayah yang bantu,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga berusaha dan ikhtiar pelbagai cara untuk mengubat penyakit juga mulai murung dan berusaha untuk memulihkan ayahnya dengan pelbagai ikhtiar.
"Kami dah puas ikhtiar nak pulihkan ayah yang bukan sahaja murung tapi juga tidak selera makan,” katanya yang sedih mengenangkan keadaan ayahnya sejak
Dalam kejadian Ogos tahun lalu, Nordin mengalami patah tulang rusuk sementara anak saudaranya Norshahrin Che Ibrahim 39, bernasib baik terselamat ketika diserang gajah semasa mengutip durian di kebun mereka di Laloh.
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.