Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM23 juta

Iklan
Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed (dua dari kiri) di Istana Bukit Kayangan hari ini. Foto: Bernama

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM23 juta daripada sembilan syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini.

Syarikat berkenaan adalah Tenaga Nasional Berhad (RM5.38 juta), UMW Holdings Berhad (RM4.14 juta), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (RM2.58 juta), Bank Kerjasama Rakyat (RM2.53 juta), Kumpulan Alam Flora Sdn Bhd (RM1.98 juta) dan Anih Berhad (RM1.97 juta).

Iklan
Iklan

Turut membayar zakat perniagaan adalah Padi Beras Nasional Berhad (RM1.79 juta), Maybank Islamic Berhad (RM1.3 juta) dan Northport (Malaysia) Berhad (RM1.25 juta).

Kesemua syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2019.

Iklan

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Setia Mohammed Kushrin Munawi, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M. Yusop.- Bernama

Iklan