Tiada anggota misi pengaman terlibat tragedi letupan di Beirut

Iklan
Affendi Buang

KUALA LUMPUR - Tiada pegawai atau anggota pasukan misi pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) di Lubnan yang terlibat dalam tragedi letupan di Beirut.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara itu selain memberitahu, ATM belum mendapat maklumat terperinci mengenai tragedi yang dilaporkan mengorbankan lebih 70 nyawa itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, sebarang tindakan lanjut bergantung kepada arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Buat masa ini kita belum menerima maklumat terperinci dan masih menganggap itu sebagai pergolakan domestik.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut

Letupan di Beirut berpunca daripada ammonium nitrat

Iklan

Tragedi Lubnan: Rakyat Malaysia selamat

"Anggota misi di sana di bawah PBB. Maka apa-apa pengerahan dan juga tindakan yang akan dilakukan perlu tunggu arahan daripada PBB. Buat masa ini masih terlalu awal lagi.

"ATM sentiasa meneliti perkembangan terkini jika ada sesuatu yang mungkin boleh membahayakan misi, kita akan ambil tindakan lanjut. Buat masa ini tiada anggota yang terjejas," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf dan Pelancaran Al-Quran Corner, Hospital Angkatan Tentera Malaysia 2020 di sini hari ini.

Kejadian letupan yang menggegarkan Beirut, Lubnan pada petang Selasa itu dilaporkan menyebabkan 78 terkorban dan 3,700 orang cedera.

Letupan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.