KUALA TERENGGANU - Seorang peguam meminta Kerajaan Negeri Terengganu menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan penyelewengan dalam tuntutan pampasan projek mega Taman Ilmu di Tembila, Besut.
Peguam terbabit, Datuk Abu Backer Sidek menyerahkan surat makluman dakwaan itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pagar utama Wisma Darul Iman di sini pada jam 11.45 pagi tadi.