Lebih 9,000 kes baharu Covid-19 sehari di California

Iklan
California, negeri paling terjejas akibat Covid-19 di AS.

LOS ANGELES - California, negeri paling terjejas akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan lonjakan kes baharu sebanyak 9,032 Sabtu lalu, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Kesihatan Awam semalam.

Dengan jumlah penduduk paling ramai sekitar 40 juta, negeri ini terus mencatatkan peningkatan kes disahkan yang sehingga kini melepasi setengah juta atau 509,162 menurut laporan harian jabatan itu.

Iklan
Iklan

Dalam masa 24 jam lalu, 132 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah korban seramai 9,356 orang.

Sementara itu, sejumlah 8,035,975 ujian saringan Covid-19 sudah dijalankan.

Iklan

"Disebabkan peningkatan jumlah saringan, dijangkakan bilangan kes juga akan meningkat," kata pihak berkuasa itu.

Purata jumlah kes dalam sehari ialah 7,929. Pada minggu lalu jumlah kes disahkan di California sudah mengatasi New York. - Bernama

Iklan
California mencatatkan peningkatan kes disahkan yang sehingga kini melepasi setengah juta atau 509,162.