Kedai mamak kena kompaun RM250,000
Iklan
KPDNHEP ketika pemeriksaan terhadap sebuah restoran di sini.
PORT DICKSON - Sebuah kedai mamak di Lukut di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 jika sabit kesalahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, kerana mempamerkan dua sijil halal tamat tempoh sejak tiga tahun lalu.
Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP, Zubir Hamsa berkata, serbuan dibuat atas aduan orang ramai yang meragui sijil halal tersebut, dan membuat laporan kepada pihaknya.
Iklan
Iklan
"Dalam serbuan jam 3 petang itu, tiga pekerja dipercayai warga asing bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadian anggota, namun seorang lelaki berusia 42 tahun yang mendakwa sebagai pengurus restoran ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan melekatkan dua sijil halal milik syarikat pembekal yang sudah tamat tempoh pada dinding belakang kaunter dan tempat penyediaan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat operasi hari ini.
Iklan
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil yang digunakan di premis berkenaan adalah bukan milik mereka sebaliknya kepunyaan sijil halal syarikat pembekal restoran berkenaan.
Menurut Zubir, pihaknya turut menyita beberapa bungkusan makanan yang menggunakan logo halal diragui untuk siasatan lanjut.
Iklan
Berikutan kesalahan itu, katanya, KPDNHEP mengeluarkan kompaun mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011.
Beliau berkata, perbuatan pengusaha premis mempamerkan sijil halal itu disyaki bertujuan untuk meyakinkan pengguna Islam selain memberi gambaran masakan dimasak adalah halal.
Katanya restoran berkenaan merupakan premis makan keempat diambil tindakan oleh pihaknya atas kesalahan menggunakan dan mempamerkan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sejak operasi dilancarkan 12 Januari lalu.
"Sehingga 23 Januari ini sebanyak 118 premis telah diperiksa di seluruh negeri dan sebanyak 16 kes telah dihasilkan berkaitan kesalahan Perakuan dan Penandaan Halal dan Takrif Halal," katanya.
Tambahnya, mengunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan tersebut boleh dimakan oleh orang Islam merupakan satu kesalahan di bawah Perintah Dagangan (Takrif Halal) 2011, jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu, manakala bagi syarikat denda sehingga RM5 juta.
KPDNHEP Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan halal secara bersama bagi memastikan kepentingan semua pihak terjaga.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak KPDNHEP negeri di talian 06-6016500 atau hadir membuat laporan di pejabat cawangan KPDNHEP.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.