Mati bakar diri di jirat Cina

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia enam jam kemudian di Hospital Sultanah Aminah.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan melecur hampir keseluruhan badan di sebuah jirat Cina di Jalan Kebun Teh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.30 malam, pihak polis yang dimaklumkan kejadian itu kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin untuk bantuan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, apabila sampai ke tempat kejadian anggota polis dan bomba mendapati api sudah terpadam.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri serta terbakar seluruh tubuh. Siasatan awal mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai minum petrol dan cuba membakar diri menggunakan mancis.

Iklan

"Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pada jam 1.37 pagi tadi doktor mengesahkan mangsa yang hampir 99 peratus melecur di bahagian badan meninggal dunia.

Iklan

"Kes pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri tetapi diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut," katanya.