Azmin abaikan pandangan Nur Jazlan
Iklan
Mohamed Azmin (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan daging korban pada Program Qurban Aidiladha Penggerak Komuniti Negara di Yayasan An Nahdhoh, Kampung Petani hari ini. - Foto Bernama
PERMATANG PAUH - Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk mengabaikan kritikan kononnya beliau dan kumpulannya tidak akan memberi kekuatan kepada Muafakat Nasional.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed itu dilihat sebagai pandangan peribadi, malah beliau tetap optimis bahawa gabungan itu akan membuahkan hasil kerana ia dilakukan berdasarkan usaha dan niat baik.
Iklan
Iklan
"Kita harus mencari titik pertemuan kerana sekarang ini kita menghadapi cabaran getir. Bagi saya, kritikan itu hanya pandangan peribadi.
"Kita dapat mengatasinya jika bersikap terbuka dan bertoleransi untuk mencari kedamaian," katanya kepada media ketika ditemui di Program Qurban Aidiladha 2020 di Yayasan An-Nahdhoh di sini hari ini.
Iklan
Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, Datuk Mansor Othman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Terdahulu, Nur Jazlan mendakwa, Ahli Parlimen PKR yang kini menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan menambah kekuatan Muafakat Nasional untuk menghadapi pilihan raya.
Iklan
"Kedudukan kumpulan pimpinan Mohamed Azmin hanya dilihat kuat pada masa ini kerana beliau memegang jawatan menteri dalam kerajaan namun bakal tergugat kelak," katanya.
Nur Jazlan mengeluarkan kenyataan itu selepas Mohamed Azmin menunjukkan bahawa beliau dan kumpulannya sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan Muafakat Nasional.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>