KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tujuh pendatang tanpa izin warga Indonesia termasuk wanita mengandung di pesisiran pantai Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor, awal pagi tadi.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kesemua individu berusia 20 hingga 53 tahun itu ditahan pada 4 pagi tadi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.