Fasha suka konsep suasana kampung: Aidil Aziz

Iklan
Pelakon, Aidil Aziz dan Fasha

PELAKON Aidil Aziz berkongsi, majlis bertandang perkahwinannya dengan pelakon Fasha Sandha di Rembau, Negeri Sembilan nanti akan diadakan mengikut konsep suasana kampung.

"Untuk majlis di sebelah pihak saya nanti kami tidak akan melangsungkan di hotel, tetapi kami mahukan kenduri kahwin berkonsepkan ala-tradisional sahaja.

Iklan
Iklan

"Bahkan Fasha sendiri suka dan gembira dengan idea tersebut," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, majlis raja sehari pasangan yang dijangka berlangsung pada akhir Mac, Fasha, 35, mengakui belum membuat sebarang persiapan lagi.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Fasha dan Aidil, 32, mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018.