Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 106,336, kematian 5,058
Iklan
JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 53,723 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.