Bapa mertua Adam Corrie meninggal dunia

Iklan

BAPA mertua kepada pelakon, Adam Corrie, meninggal dunia sekitar pukul 6.20 petang, Rabu.

Khabar duka itu disahkan sendiri oleh Adam menerusi Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Pun begitu, Adam tidak menyatakan butiran terperinci mengenai penyakit yang dialami bapa mertuanya.

Iklan

"Setiap yang hidup pasti mati. Abah (bapa Mertua) Saya Haji Mohamed Fuad bin Ngah Ibrahim iaitu bapa kepada bidadari Saya @puan_fazi_fuad telah menghembus nafas terakhir pada hari ini (Rabu).

Iklan

"Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.