PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk membatalkan empat kejohanan antarabangsa selepas mengadakan rundingan dengan tuan rumah setiap kejohanan, susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Empat kejohanan yang dibatalkan ialah Terbuka Taiwan 2020 dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 6 September, Terbuka Korea (8 hingga 13 September), Terbuka China (15 hingga 20 September) dan Terbuka Jepun (22 hingga 27 September).