PRINSIPAL Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali berharap agar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijadikan sebagai venue pusingan terakhir dalam kalendar perlumbaan MotoGP musim ini.
Dorna Sports yang merupakan pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, masih belum mengumumkan status perlumbaan MotoGP di Malaysia, Argentina dan Thailand selepas kalendar perlumbaan musim ini terpaksa dirombak susulan pandemik koronavirus (Covid-19).