Covid-19: Greece kembali wajibkan pemakaian pelitup muka

Iklan
Greece hari ini mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kedai dan perkhidmatan awam bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

ATHENS - Greece hari ini mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kedai dan perkhidmatan awam mengekang penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Terdapat peningkatan kes sejak beberapa hari lalu namun gambaran epidemiologi negara kita secara keseluruhan adalah lebih baik daripada negara lain.

Iklan
Iklan

"Mulai esok pemakaian pelitup muka adalah wajib untuk semua, kakitangan dan pelanggan di perkhidmatan awam, bank, pasar raya dan kedai makanan, pengangkutan awam, teksi, lif, hospital, kedai runcit dan salun kecantikan," kata Timbalan Menteri Perlindungan Awam, Nikos Hardalias.

Pemakaian pelitup muka telah diwajibkan di banyak kawasan termasuk pengangkutan awam namun penguatkuasaannya dilihat semakin berkurangan sejak beberapa minggu lalu.

Iklan
Iklan

Individu yang melanggar perintah tersebut boleh dikenakan denda sebanyak 150 euro (RM748). - AFP