Covid-19 tidak dipengaruhi musim

Iklan
Margaret Harris.

GENEVA - Penularan koronavirus (Covid-19) didakwa tidak dipengaruhi oleh musim.

Perkara itu dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa musim panas adalah lebih selamat.

Iklan
Iklan

"Musim tiada kaitan dengan penyebaran virus tersebut," kata jurucakapnya, Margaret Harris yang merujuk kepada beberapa negara terjejas teruk kini mengalami musim yang berlainan.

Musim panas di Amerika Syarikat menyaksikan hampir 148,000 kematian dan hampir 4.3 juta kes jangkitan direkodkan disusuli Brazil yang menjadi negara kedua paling teruk terjejas di dunia dengan lebih 87,000 kematian yang sedang mengalami musim sejuk.

Iklan

"Kita perlu faham ia adalah virus baharu walaupun tergolong dalam virus pernafasan. Ia berbeza dengan virus pernafasan sebelum ini yang mengikut musim. Covid-19 menyukai semua musim dan mudah tersebar antara satu sama lain apabila berada pada kontak rapat. Ayuh, jangan beri ia peluang," ujarnya.

Beliau sekali lagi menyarankan langkah penjarakan sosial, mencuci tangan dengan betul dan memakai pelitup muka serta tidak keluar rumah apabila mengalami simptom jangkitan virus tersebut. - AFP

Iklan