Najib bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah
Iklan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi mendapati pihak pembelaan yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu ketika membaca keputusan penghakimannya sebentar tadi.