Ajal ketika berkelah bersama rakan
Iklan
KUANTAN - Kegembiraan 10 rakan berkelah di Sungai Jin, Sungai Lembing di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas akibat dihanyutkan arus deras, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Ahmad Hasrul Hisyam Ahmad Fauzi, 33, dari Sungai Isap, dipercayai lemas sekitar 3 petang kira-kira dua jam selepas dia bersama rakannya tiba di lokasi kejadian.