KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan kepada orang ramai khususnya pengunjung taman awam agar mematuhi peraturan yang ditetapkan susulan penularan koronavirus (Covid-19).
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan taman awam dibuka hanya untuk riadah ringan bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam dan kemudahan dalam taman seperti taman permainan kanak-kanak masih ditutup.