KKM minta orang ramai terus derma darah
Iklan
Dr Noor Azmi
TAIPING - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai untuk terus menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi terutamanya bagi kegunaan pada waktu kecemasan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kesedaran rakyat mengenai pentingnya menderma darah perlu sentiasa ditingkatkan meskipun bekalan darah di tabung darah di semua hospital di negara ini mencukupi termasuk semasa mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Hanya 2.2 peratus dari populasi rakyat negara ini merupakan penderma darah dan kesedaran tentang kepentingan menderma darah secara berterusan perlu ada kerana transfusi darah tidak hanya berlaku semasa bencana sahaja.
"Kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kritikal darah diperlukan dari penderma. Darah juga mempunyai tarikh luput bagi sel darah merah antara 45 hingga 50 hari, semasa di dalam simpanan Tabung Darah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri di sini.
Iklan
Iklan
Seramai 64 orang penderma darah menerima sijil penghargaan pada majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping di sini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>