Prasarana sedia perketat semula SOP pengangkutan awam

Iklan
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedia perketat semula prosedur operasi standard (SOP) dalam pengangkutan awam yang dioperasikannya jika diarahkan oleh kerajaan.

GEORGETOWN - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersedia memperketat semula prosedur operasi standard (SOP) dalam pengangkutan awam yang dioperasikannya jika diarahkan oleh kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini termasuk mengurangkan kapasiti penumpang.

Iklan
Iklan

"Kita akan patuhi, tidak jadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan ulang tahun ke-13 Rapid Penang di sini hari ini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya persediaan Prasarana sekiranya kerajaan kembali mengetatkan SOP seperti yang dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu pada majlis itu, Tajuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada kakitangan Rapid Penang dan berharap agar Rapid Penang terus menggiatkan usaha bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu untuk menarik lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam selaras dengan aspirasi kerajaan. - Bernama