PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (KLHA) dijadual menganjurkan Liga Hoki Kuala Lumpur yang lebih tersusun dari September hingga Disember ini dalam usaha mencungkil bakat baharu dan merancakkan lagi industri sukan itu.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, cadangan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa KLHA kali kedua bagi penggal 2019-2020 itu memutuskan untuk menganjurkan kejohanan selama empat bulan berkenaan dengan membabitkan penyertaan kira-kira 40 pasukan.