Thailand benar solat sunat Aidiladha, ibadah korban di masjid
Iklan
BANGKOK - Semua masjid di Thailand diberi lampu hijau untuk menunaikan solat berjemaah dan mengerjakan ibadah korban untuk Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini walaupun perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Sheikul Islam Thailand Aziz Phithakkhumphon berkata, sejak situasi Covid-19 di negara itu bertambah baik dan merekodkan sifar kes penularan tempatan selama dua bulan, solat sunat Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan dilaksanakan di masjid.