Tingkatkan usaha memperhalusi SOP perlumbaan

Iklan
Ron Hogg

PENGANJUR Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) perlumbaan untuk pusingan seterusnya walaupun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain.

Pusingan kedua musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini memerlukan struktur pelaksanaan berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini.

Iklan
Iklan

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata,"Kami membuat beberapa lawatan serta perbincangan dengan pihak pengurusan Litar Tangkak untuk merangka perancangan terperinci supaya segala SOP asas yang digariskan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dipatuhi sepenuhnya."

Pusingan kedua di Litar Tangkak akan menjadi venue seterusnya selepas Litar Sepang minggu lalu yang berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Iklan
Iklan