PGA rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM359,089

Iklan
Sebuah stor simpanan di Kampung Kebit yang diserbu PGA Batalion 9 semalam.

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas pelbagai barangan seludup seperti beras, beras pulut dan kain pasang berjumlah RM359,089 dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam serbuan pertama pihaknya berjaya merampas 1,691kg beras di sebuah stor simpanan penyeludupan di Kampung Kebit.

Iklan
Iklan

"Dalam serbuan itu, PGA turut merampas 75kg beras pulut dan kedua-dua rampasan itu berjumlah RM7,289," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan tersebut hasil rondaan rutin yang dilakukan di sekitar kawasan Kuala Jambu.

Iklan

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

PGA Batalion 9 merampas 1,479 helai kain pasang yang disyaki cuba diseludup ke Thailand untuk jahitan manik.

Nor Azizan berkata, dalam serbuan kedua pada jam 1 petang, pihaknya berjaya mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Masjid Kampung Simpangan selepas membuat pemantauan selama 20 minit.

Iklan

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mengandungi 1,479 helai kain pasang yang disyaki cuba diseludup ke Thailand untuk jahitan manik.

"Nilai rampasan berjumlah RM 315,800 dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967," katanya.