TEKUN Nasional lantik lapan Ahli Lembaga Amanah baharu

Iklan
Wan Junaidi

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Amanah Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional yang baharu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesemua Ahli Lembaga Amanah yang dilantik terdiri daripada lantikan profesional dalam pelbagai latar belakang sektor korporat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pelantikan itu menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Lembaga Amanah TEKUN kepada 13 orang kesemuanya.

"Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional yang baru dilantik iaitu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir sebagai Pengerusi TEKUN Nasional; Timbalan Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Zamri Salleh, Mikai Anak Mandau, Datuk Pirdaus Ismail, Zuhaimy Md Isa, Mohd Azrin Abdull Rahim, Mizma Appehdullah dan Fairuz Mohd Yatim,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Wan Junaidi berkata, beliau amat yakin dengan kredibiliti kepimpinan Ahli Lembaga Amanah TEKUN yang baharu itu.

"Ia akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan tertinggi sedia ada dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan usahawan mikro khususnya,” katanya.

Iklan

Mengenai pelantikan Mikai yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) beliau berkata, bekas ADUN Batang Ai itu ialah wakil dari Sarawak yang diamanahkan sebagai Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional yang baharu.

Katanya, Mikai berpengalaman sebagai Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Sarawak dan pernah menjadi Audit Eksekutif di Petronas.

"Oleh sedemikian, saya amat yakin kemampuan Mikai untuk membantu lebih ramai usahawan dari Sarawak dan memberikan khidmat terbaik buat TEKUN Nasional,” katanya.

Sementara itu katanya, memastikan perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan di Sarawak terutama di luar bandar, TEKUN Nasional mengambil inisiatif membuka sembilan buah Pejabat TEKUN Cawangan Mini di negeri itu iaitu di Sibuti (telah dibuka pada 20 Julai lalu), Lundu, Serian, Daro, Sebuyau, Kanowit, Lachau, Betong dan Marudi.

"TEKUN juga akan melancarkan Perkhidmatan Kaunter Bergerak dengan menggunakan tiga buah TEKUN Mobile yang beroperasi di tiga buah stesen iaitu Bintulu, Sibu dan Sri Aman,” katanya.