Bank Rakyat lantik Ahli Lembaga Pengarah baharu

Iklan
Norhamizah dan Mohd Jafri

BANK Rakyat melantik dua Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Norhamizah Mat Tahir dan Mohd Jafri Kudus berkuat kuasa 13 Julai lepas.

Bank Rakyat menjelaskan, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman serta kepimpinan mereka dalam bidang keusahawanan dan teknologi yang dijangka memberi nilai tambah bagi memacu bank untuk mencapai hasrat dalam pelan jangka panjang Bank Rakyat 2025.

Iklan
Iklan

"Bank Rakyat mengalu-alukan penyertaan dua Ahli Lembaga Pengarah baharu ini untuk menerajui bank menerusi pengalaman dimiliki bagi meneruskan legasi kecemerlangannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Norhamizah merupakan usahawan wanita yang memegang jawatan Pengarah Urusan di Norhamizah Tahir Associate Sdn Bhd dan Pengarah di DSDM Rezki Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Sementara Mohd Jafri yang berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam industri teknologi dan telekomunikasi merupakan Pengarah Eksekutif di Strovi Dox Sdn Bhd serta Perunding Pembangunan Perniagaan di Antah SNC Homeland Security Sdn Bhd.