KUALA LUMPUR - Kesemua bekas ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai ahli Parlimen bebas.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, kesemua mereka kekal dengan pendirian tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang.