KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,791 lesen arak kelas runcit dikeluarkan di seluruh negara sehingga 1 Julai lepas dengan Selangor paling banyak mengeluarkan lesen berkenaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, berdasarkan data diperoleh dari kerajaan negeri, Selangor mengeluarkan sebanyak 1,721 lesen diikuti Sarawak (1,212), Johor (558) dan selebihnya negeri-negeri lain.