Tauke nasi kandar 'gelang pink' ditahan polis
Iklan
Gambar peniaga yang berada di kedainya tular di media sosial.
JITRA - Seorang pengusaha nasi kandar di pekan Napoh di sini ditahan polis pagi tadi selepas disyaki ingkar arahan kuarantin di rumah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki berkenaan dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lalu dan diwajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil keputusan ujian saringan Covid-19 yang pertama mendapati lelaki terbabit negatif wabak itu dan perlu melakukan saringan kedua pada minggu depan.
"Pihak polis yang menerima laporan daripada penduduk sekitar berjaya menahannya di kedai itu kira-kira jam 9 pagi tadi.
Iklan
Lelaki itu ditahan polis sebelum dikompaun RM1,000 dan diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah.
"Ketika disoal lelaki terbabit mendakwa dia berada di situ untuk memantau perniagaannya pada hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, lelaki berkenaan dikompaun RM1,000 dan diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah.
Iklan
Dalam pada itu, gambar lelaki berkenaan yang memakai 'gelang pink' dan berada di kedainya tular di media sosial sejak tengah hari tadi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>