Covid-19: Indonesia catat kes kematian tertinggi dalam 24 jam

Iklan
Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam.

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi setakat ini, sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 11 Mac.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, kes positif Covid-19 di Indonesia juga berterusan meningkat kepada 91,751 kes iaitu tambahan 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id, jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 4,459 orang manakala sebanyak 44,222 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,496 orang, diikuti Jakarta (751), Jawa Tengah (444), Sulawesi Selatan (287) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Iklan
Iklan

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 19,903 kes, diikuti Jakarta (17,621 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain di Indonesia. - Bernama