Datuk tiri ditahan kes rogol cucu

Iklan
Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA - Datuk tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu, sejak empat tahun lalu di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 57 tahun tersebut ditahan di Damansara Perdana pada jam 6 petang, semalam.

Iklan
Iklan

"Mangsa merupakan anak keempat daripada enam beradik itu mendakwa dirogol oleh datuk tirinya sebanyak tiga kali pada 2016, 2018 dan tahun lalu," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, ibu mangsa yang menyedari kejadian itu segera membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati ibu dan ayah mangsa telah bercerai menyebabkan mangsa tinggal bersama nenek dan datuknya. Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram," kata beliau.