California teruk diancam Covid-19

Iklan
Kes Covid-19 disahkan di California, negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi 400,000

LOS ANGELES - Kes Covid-19 disahkan di California, negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi 400,000 pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Laporan harian dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam California menunjukkan lonjakan kes harian sebanyak 9,231 kerana kadar positif dan kemasukan ke hospital meningkat.

Iklan
Iklan

Pegawai kesihatan awam mengesahkan 61 kematian baharu Covid-19 dilaporkan. Setakat ini, 400,769 kes disahkan dan 7,755 kematian didaftarkan di seluruh negeri. -Bernama